Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini sambungan post Bercuti Tapi Tak Beringat Part I semalam.
Selepas berehat-rehat menikmati kesejukan aircond Hotel Amigo, petang tu lepas Asar kami fetch my sister yang menyewa di taman perumahan depan hotel tersebut. Destinasi kami seterusnya, Lumut.
Lumut ni kan, memang tempat favourite saya dan kawan-kawan masa belajar dulu. Selalunya sebab nak makan seafood sambil menikmati keindahan laut. Hilanglah sikit rasa penat belajar setiap hari, kan?
Eh,eh, terimbau memori silam pula ye. Kembali ke topik asal, perjalanan ke Lumut mengambil masa lebih kurang sejam. Itupun bergantung kepada kelajuan pemanduan dan kelancaran lalulintas.
Masa sampai di sana masih petang lagi. Alang-alang dah sampai, terus memborong jajan seafood.
Sebelum Maghrib tiba, kami mencuci mata melihat kedamaian laut di Waterfront Lumut.
Usai solat Maghrib, kami terus ke Restoran Ikan Bakar Lumut.
Gambar ihsan Foursquare |
Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau nak makan kat sini, memang kena datang awal. Sangat ramai orang dan bila dah ramai orang, lambat la dapat makanan. Menunggu la makanan sampai sambil tengok orang lain yang datang awal menjamu selera.
Dinner kami malam itu untuk 3 orang; ikan siakap tiga rasa, tomyam ayam, tomyam seafood, kerang bakar dan sotong celup tepung, air carrot susu, jus epal dan fresh orange. Memang sedap. Tapi dalam sedap-sedap makan tu lah habis semua yang tak boleh makan, saya telan. Siap saya yang habiskan semua lauk. Terbaik. Kesudahannya, saya kena shock. Yes, shock.. Sampai hotel, terus pengsan.
Bangun pagi esoknya, suara dah hilang. Sakit tekak yang amat. Bila check rupa-rupanya dah luka di lelangit dan tekak dah bengkak-bengkak. Rupanya, sebab itulah saya jadi susah nak bernafas. Akibatnya, pergi klinik, dapat bebelan sekawah daripada sang doktor dan free gift bebelan daripada encik suami.
Sekian, kisah Bercuti Tapi Tak Beringat saya.
0 comments