Destinasi seterusnya adalah Lost World Petting Zoo. (Klik di sini untuk entry lepas)
Tiba di Petting Zoo, semua pengunjung perlu step sanitizing carpet di entrance zoo (masuk dan keluar). Ini untuk make sure pengunjung tidak bawa masuk kuman ke dalam zoo (dari kasut).
First yang kami tuju adalah Serpentarium. Di sini letaknya pelbagai jenis ular. Di sebelah Serpentarium ada kandang tapir. Pagar sekeliling kandang tapir ni ada elektrik. Jangan tersentuh sudah. Haru nanti kang!
Petting Zoo : Serpentarium, Tapir & Goat |
Seterusnya kami ke Bird Paradise. Banyak betul burung kat sini. Macam-macam jenis dan warna. Kebetulan masa kami sampai, ada caretaker sedang bagi burung makan. Dia letak seekor burung yang besar atas tangan Encik Suami. Berat kot. Lepas tu dia ajar, kalau nak panggil burung datang, kena cakap, " Honey, come here". Kami cuba, dan memang menjadi. Caretaker ada bagi kami makanan burung. Tengah-tengah feeding banyak burung bertenggek atas tangan, hatta atas kepala saya. Dah habis makanan, burung-burung tu still tak nak pergi. Caretaker tadi takde lak cakap camne nak suruh burung pergi. Cuba ayat ni, ayat tu. Last last saya tercakap, "Honey, go home". Sekali, semua burung tu pergi. Eh, macam betul pulak. Nanti sesiapa yang pergi sila cuba ye. Tengok betul ke tak. Atau kebetulan je. Kot-kot burung tu dah kenyang, terus balik sarang dia. (hahaha)
Bird Paradise |
Banyak lagi lain-lain haiwan di sini. Tak sempat nak snap banyak-banyak. Hihihi..
Haiwan di Petting Zoo |
Antara Haiwan Lain di Lost World |
Demikian tamatlah pengembaraan di Lost World ni. Sebagai penutup, Encik Suami memulakan operasi mandi mandanya. Saya pilih untuk stay di darat sahaja.
Lost World Water Park |
Adventure river tu sangat panjang (600m), mengelilingi taman tema ini. Nak naik pelampung pun boleh. Sewa masa kami pergi RM15, tapi kena bagi deposit dulu RM 10 (untuk 1 pelampung). Ada Sandy Bay, kawasan tanah berpasir, feeling ala-ala di pantai, siap dengan pokok kelapa. Kat belakang Sandy Bay ni Jungle Wave Pool, kolam yang besar dengan ombak. Macam pantai la. Kolam yang ada kapal tu kawasan kanak-kanak. Airnya tak dalam.
Lain-lain aktiviti yang kami tidak cuba adalah Cliff Racer, iaitu meluncur di atas papan gelongsor kle dalam kolam dengan Tube Riders, iaitu meluncur dalam tiub yang bengkang bengkok dari tempat tinggi ke dalam kolam.
Hot Springs & Spa Pools |
Hot Springs & Spa hanya dibuka dari jam 6.00 petang hingga ke 11.00 malam. Masa mandi waktu siang tu, air masih sejuk lagi. Kami stay sampai pukul 6.00petang, lepas tu balik hotel dulu untuk rehat dan keluar dinner.
Malam tu kami kembali semula untuk Hot Springs & Spa by Night (Kali ni saya join main air). Suhu air panas sekitar 38 - 40 darjah celcius. Kolam bernama Saphira's Lair sesuai untuk kanak, airnya kurang panas, dan tak dalam. Infinity Pool dilengkapi dengan Steam Cave. Agak dalam kolam ni. Dengan saya boleh sampai ke paras dada. Steam Cave tu panas, tak disarankan duduk lama dalam cave tu. Atas Infinity pool ada Top of The World Pool, iaitu jacuzzi. Air kat sini paling panas. Sekali tengok air yang membuak-buak buat kami rasa cuak. Tapi once dah duduk dalam tu, ok je. Suhu 40 darjah celcius kat situ.
Di sebelah Infinity Pool ada Foot Spa. Air cetek dan dalam kolaam dia ada batu-batu refleksologi. Sakit juga kaki jalan dalam kolam ni, tapi best. Last sekali Crystal Pool. Kolam ni eksklusif sikit. Dia terasing sikit sebab ada dinding yang memisahkan kolam ni dari kolam lain.
Seronok menikmati hot springs di malam hari, tengok jam dah pukul 11.00 malam. Balik hotel, terus lena tidur. Kepenatan. Tapi rasa sangat berbaloi, walaupun sebenarnya hanya sehari.
Kepenatan |
Esoknya, breakfast free di Garden Terrace (di luar Lost World). Lepas makan terus checkout dan bergerak pulang ke KL.
Seronok sangat dapat ke Lost World of Tambun. InsyaAllah, andai ada rezeki, kami akan kembali lagi ke sini.
Jom! Kita ke Lost World of Tambun!
0 comments