Dari Gua Kepura, eskplorasi diteruskan menuju ke Tin Valley. (Klik di sini untuk entry lepas)
Sebelum tiba di Tin Valley, kami melalui Tiger Valley dahulu. Tetapi, kami skip sebab Tiger Feeding Show belum bermula. Show ni bermula jam 3.00 petang. Maka sementara itu, kami ke Tin Valley dahulu.
Model Tak Berbayar : Encik Suami |
Dulang Tea House (Top) & Tin Bearer Elephants (Bottom) |
Kalau pergi masa tea time, bolehlah singgah di Dulang Tea House ni. Antarnaya ada locally roasted coffee, roti bakar dengan telur separuh masak, dan lain-lain.
Tin Bearer Elephants ni pulak real sized tau! Yang paling besar tu boleh naik. Tapi kena careful sikit sebab tangga dia curam. Naik ok, nak turun rasa gerun sikit. Huhu~
Lost World Tin Valley |
Di Tin Valley ini juga ada disediakan dulang. Bolehlah cuba mendulang. Masa kami di sini, ada sesi penggambaran sedang dilakukan. Few models sedang ambil gambar sambil mendulang. So, tak sempat la kami nak mendulang. Its ok, lain kali boleh cuba lagi. Kot-kot dapat hasil. Kikiki..~
Disebelah Tin Valley pula Adventure Park. Sangat sesuai untuk buat team building kat sini. Taman ni terletak paling hujung. Selepas itu, kami berpatah semula ke Tiger Valley, untuk Tiger Feeding Show.
Di Tiger Valley kami enjoy animal show sebelum tiger feeding session. Penonton pun berpeluang beraksi bersama parrot. Datang cepat sebelum show start, kalau tak, seat penuh. Jangan lupa, show start pukul 3.00 petang.
Pengembaraan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya Petting Zoo. Di dalam perjalanan, kami tiba di Swan Lake serta Rainforest Trail. Di sini ni ada kucing hutan, ayam, landak, dan lain-lain. Siap dengan reban ayam lagi.
Bersambung di entry seterusnya, Menerokai Lost World of Tambun Part III.
Lost World Adventure Park |
Animal Show & Tiger Feeding |
Bersambung di entry seterusnya, Menerokai Lost World of Tambun Part III.
0 comments