Sambungan daripada entry sebelum ini.
Kami ke theme park ni pukul 2.00 petang, lepas solat Zohor dan lunch. Tak boleh bawa masuk makanan dan minuman ye dalam ni. So, sesiapa yang nak masuk, sama ada makan dulu siap-siap atau beli makanan kat dalam theme park.
Lost World of Tambun Entrance |
Untuk pengetahuan, operation hours untuk theme park ni seperti berikut:
Kalau pergi weekend atau time cuti sekolah, sangatlah ramai orang ke theme park ni. Siap kena beratur panjang untuk beli tiket. Untuk lebih privasi, kami pergi hari Khamis dan bukan waktu cuti sekolah. Tidak crowded dan lebih seronok untuk mandi manda. (Klik sini untuk semak harga tiket masuk). Untuk kanak-kanak bawah 90cm tinggi, masuk adalah percuma!
Ticket |
Untuk yang beli tiket online, anda juga perlu ke kaunter untuk redeem tiket anda seperti gambar di atas. Lepas pakai tiket, akan ada orang check depan pintu masuk.
First masuk, anda akan lalu gift shop dulu. Dalam kedai ni ada banyak jual souvenirs, baju pun ada jual, tau!
Selepas itu, ada satu lagi pemeriksaan sebelum boleh masuk ke theme park. Masa ini, beg yang anda akan di buka untuk pemeriksaan. Kemudian, anda sudah boleh mengeksplorasi taman tema ini! Yay!~~
Lost World of Tambun ni ada banyak aktiviti dan taman untuk diterokai dan dicuba. Ada:
- Water Park,
- Adventure River,
- Amusement Park,
- Petting Zoo,
- Tiger Valley,
- Tin Valley, dan
- Adventure Park
Banyak kan? Kalau anda tak tahu nak mula dari mana, jangan bimbang, sebab location map disediakan dalam taman ni. So. boleh refer kat peta dan rancang nak pergi mana dulu.
Kami pula memilih untuk pusing-pusing dulu, last sekali baru mandi manda.
Lost World of Tambun Map |
So kami mula dari kanan dulu; iaitu dari amusement park, sambil berjalan kaki. Kalau nak naik Adventure Express pun boleh. Keretapi bawa pengunjung mengelilingi taman tema. Kami jalan je, konon-konon warm-up sebelum mandi manda (hahaha).
Tapi sebenarnya, kami berjalan kaki sebab lagi senang untuk ambil gambar.
Amusement Park |
Lupe's Adventure |
Sebelum Lupe's Adventure Park ni ada satu rumah hantu. Tak sempat nak snap gambar sebab terkejut ade hantu duduk dekat entrance dia. Siapa yang berani, cuba la masuk, nanti boleh tolong review.
Berjalan lagi, akan jumpa Kepura Cave.
Kepura Cave |
Gelap sikit dalam gua ni. Ambil gambar pun gelap.
Tanpa Flash |
Langit Gua Kepura |
0 comments